Utusan Pengetua

Assalamualaikum wbt, Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Salam PerakExcellent, Salam Kinta Selatan Excellent, Salam SENTOSA Excellent. Selamat datang dan selamat kembali bertugas kepada Warga SENTOSA yang dirahmati Allah. Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kerana sepanjang 2016, kita telah melakukan perkara yang terbaik untuk karier dan juga pembangunan sekolah. Syabas dan tahniah. Marilah kita berdoa, semoga sesi 2017 ini menjadi tahun yang lebih baik dan cemerlang dari tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini.

Pada tahun 2016, dalam usia 14 tahun SMK Sentosa telah menunjukkan kesungguhan untuk meletakkan diri sebagai satu sekolah yang disegani dan digeruni dalam aspek kurikulum , kokurikulum mahupun  sukan. Banyak inovasi dan perubahan telah dilakukan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran serta pementoran dan pembelajaran. Semoga usaha kita ini berterusan dan mempunyai kesinambungan proses dan memberi impak dan berjaya meningkatkan kualiti sekolah.

Tahun 2016 merupakan satu tahun yang sangat baik untuk kita Warga SENTOSA meneruskan usaha yang telah kita laksanakan. Dengan kekuatan asas yang kukuh dan sedia ada, akan lebih banyak usaha inovasi dan kreativiti dilaksanakan demi meningkatkan imej organisasi. Harapan saya, agar semua Warga SENTOSA terus berpadu tenaga. Jadikan “Aspirasi Sistem” dan “Aspirasi Murid” dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) sebagai satu landasan dan cabaran untuk kita penuhi dan panduan untuk berada di landasan yang betul untuk kejayaan yang bakal  kita tempa.

Dalam usaha menyahut cabaran “Perak Excellent” dan “Kinta Selatan Excellent”, SMK Sentosa juga tidak ketinggalan dengan cabarannya “Sentosa Excellent’. Menerusi pendekatan “Penjenamaan Semula”, berbekalkan slogan sekolah “ Matlamat dan Martabat” , SMK Sentosa dengan entiti “SENTOSARIAN” dan “ SENTOSARIAN-TIME TO LEAD” dengan kedudukan yang sedia ada, berusaha menjadi sebuah entiti untuk dicontohi dan diteladani dengan mengamalkan konsep dan beberapa amalan terbaik dan ciri cemerlang seperti : S –SIAPSIAGA, E- EFISIEN, N- NEKAD, T- TEKUN, O – OPTIMISTIK, S- SUKSES,  A – AKTIF, R- RISILIEN , I- INTELEK,  A- ANALITIKAL, N- NEVER GIVE UP.

Akhir kata, apapun cabaran dan transformasi yang datang, Warga SENTOSA harus berfikiran positif dan menerima dengan minda terbuka. Kita mesti bersatu bukan sahaja untuk merealisasikan kejayaan dan impian tetapi juga maruah sekolah dan harga diri kita sebagai Warga SENTOSA.

 

“SENTOSARIAN – TIME TO LEAD”

Sekian, Wassallam.

 

Yang menjalankan tugas,

 

……………………………….

(HJ. MOHD PUAT BIN YUSOF)

PENGETUA

SMK SENTOSA, KAMPAR