Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Profil Sekolah

SMK Sentosa merupakan salah sebuah sekolah dibina dibawah’Turn Key Project’Kementerian Pendidikan Malaysia.Sekolah ini dibina diatas tapak bekas lombong dan dikelilingi kawasan perumahan Taman Bandar Baru (Taman Sentosa,Taman Perak Mewah,Taman Mahsuri & Taman Perak Indah) yang begitu pesat membangun .Sejajar dengan itu,sekolah ini berperanan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar dari taman perumahan sekitarnya.Kerja kerja peninjauan tapak oleh pengurus dan kontraktor projek dimulakan pada Julai 2000.Pembinaan dan kemudahan infrastrukturnya telah siap pada November 2001.

 

Tarikh Peristiwa
16 Jan 2002 Jabatan Pendidikan Negeri Perak melantik En Ahmad Rafdi Bin Ibrahim
16 Mei 2002 Kakitangan pejabat dan makmal melapor diri
1  Jun 2002 17 org guru terlatih dalam pelbagai opsyen melapor diri
3  Jun 2002 Pendaftaran murid-murid kumpulan pertama dan sekolah beroperasi secara rasmi dengan jumlah pelajar seramai 319 orang.

Bilangan kelas yang dibuka pada ketika itu adalah seperti berikut

  • Tingkatan 1-3 kelas
  • Tingkatan 2-4 kelas
  • Tingkatan 4-2 kelas Kemanusian
29 Mac 2002 Puan Hajjah Naimah binti Haji Omar melaporkan diri sebagai Pengetua yang pertama
19 Julai 2002 DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan  Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah berkenan mencemar duli merasmikan bangunan SMK Sentosa ,Kampar.