Dari Pentadbir

Dari Pentadbir

Sepatah Kata Seuntai Bicara

Assalamammualaikum wbt,Salam 1 Malaysia ,Salam Perak Aman Jaya, Salam Perak Excellent,Salam Kinta Selatan Excellent,Salam SENTOSA Excellent.Selamat datang dan selamat kembali bertugas Warga SENTOSA yang dirahmati Allah.Syabas dan tahniah kepada semua guru serta warga pendidik Sentosa kerana berjaya mengharungi cabaran 2016 dengan jayanya .Kita ,sebagai pendidik harapan bangsa dan juga negara telah melakukan perkara yang terbaik untuk karier dan juga pembangunan sekolah .Alhamdullilah.Marilah kita berdoa ,semoga sesi 2017 ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun -tahun sebelum ini.

 Pelan Pembangunan Pendidik Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini telah pun berada di tahun kedua di dalam gelombang 2 (2016-2020) yang berteraskan kepada 11 anjakan utama dan salah satunya menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa .Sistem Pendidikan di Malaysia telah banyak adalah menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara selama ini .Penambahbaikan secara berturusan adalah perlu bagi memastikan mutu pendidkan negara kita setanding dengan negara-negara maju.Untuk memastikan kesamarataan akses dan peningkatan kualiti kepada setiap murid,kita MESTI bersedia dengan segala perubahan dan penambaikan yang berlaku sekarang.Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT),Pembangunan Abad Ke 21 (PA21),Dual Language Programme(DLP),Program Transformasi Daerah (DTP),Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV),dan lain-lain yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan kita MESTI dilihat dan diterima sebagai cabaran .

Sebagai guru kita MESTI bersedia menangani segala perubahan ini agar kita tidak ketinggalan .Dengan perpaduan dan kekuatan ukhwah asas yang kukuh dan sedia ada,akan lebih banyak usaha inovasi dan kreativiti dilaksanakan selaras dengan cabaran dan perubahan yang kita tempuhi untuk institusi kita bergerak SELARAS dan SEDERAP dengan institusi lain.Sebagai warga pendidik SENTOSA yang ingin melihat kejayaan institusi yang didokong adalah menjadi harapan saya ,agar semua warga Sentosa bersedia,proaktif terus berpadu tenaga untuk menimba ilmu-ilmu baharu menerusi latihan-latihan dan juga kursus-kursus secara langsung formal dan informal.Budaya “Teamwork”,Professional Learning Community (PLC) dan “Peer Coaching” MESTI dijadikan amalan dalam usaha semua untuk menyahut cabaran-cabaran dan perubahan dalam sistem pendidikan terkini.

  Pada tahun 2017,dalam usaha memastikan berlakunya peningkatan kualiti pendidikan,sistem pendidikan kita akan mengalami perubahan yang sangat besar dengan pengenalan Kurikulum Standart Sekolah Menengah (KSSM).Pelbagai masalah,ringtangan dan juga cabaran dalam pelaksanaannya.Sekali lagi kita MESTI bersedia dengan kekuatan mentel dan fizikal untuk menyesuaikan diri dan pendekatan untuk membantu anak bangsa untuk terus maju dan dapat memberi impak yang positif kepada mereka.

   Akhir kata,apapun cabaran dan transformasi yang datang ,Warga SENTOSA harus berfikiran positif dan menerima dengan minda terbuka.Kita mesti bersatu bukan sahaja untuk merealisasikan kejayaan dan impian tetapi juga maruah sekolah dan harga diri kita sebagai Warga SENTOSA.

“SENTOSARIAN-TIME TO LEAD”

Sekian,Wassallam.

Yang menjalankan tugas ,

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

(HJ MOHD PUAT BIN YUSOF)

PENGETUA

SMK SENTOSA ,KAMPAR.