Pendidikan Khas

JOSEPH

JOSEPH A/L SEBASTIAN

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah serta jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi kerana telah berjaya menyiapkan Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi bagi tahun 2015. Buku pengurusan sekolah ini diterbitkan setiap tahun untuk dijadikan rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan PPM untuk mengetahui senarai tugas dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan berkesan.

Sekian, terima kasih.

( JOSEPH A/L SEBASTIAN )

Penolong Kanan Pendidikan Khas

SMK Sentosa, Kampar

 

PERANCANGAN PENGURUSAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTOSA

KAMPAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

PENDAHULUAN :

Perancangan Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa, Kampar melibatkan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sesi persekolahan. Aktiviti  yang dijalankan termasuklah aktiiviti rutin dan developmental, aktiviti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan yang perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya tahun tersebut.

Penubuhan kelas ini bertujuan menyediakan peluang pendidikan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi. Kurikulum yang diajar kepadamurid PPKI lebih memberatkan kepada pengurusan dankehidupan serta mengikut tahap kebolehan masing-masing bagi membolehkan mereka melanjutkan keSekolah Menengah Teknik dan Vokasional Pendidikan Khas atau menerima peluang kealam pekerjaan dalam sector kerajaan atau swasta.

Kejayaan pelaksanaan program memerlukan kerjasama dan penglibatan sepenuhnya dari kesemua guru, stafsokongan, murid-murid, ibubapa dan juga masyarakat.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

PendidikanKhas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Visi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Motto Pendidikan  Khas SMk SENTOSA

“ PENDIDIKAN UNTUK BERDIKARI ”

Kami Warga Pendidik Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SMK SENTOSA dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami:

          MURID

  1. Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara
    adil dan saksama.
  2. Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini mendapat tempat dan
    kemudahan belajar yang sesuai.
  3. Memastikan semua murid yang layak diberi peluang menyertai aktiviti kokurikulum.
  4. Memastikan murid merasa selesa, seronok dan selamat. 

         GURU DAN STAF

1. Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalam bidang masing-masing.
2. Memastikan semua guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.

         IBU BAPA/PENJAGA

1. Ibubapa/penjaga dipanggil berbincang berkaitan kes-kes salahlaku murid.
2. Menyelesaikan urusan dan layanan mesra kaunter selewat-lewatnya 15 minit.
3. Sebaran maklumat mengenai aktiviti murid akan dibuat melalui surat siaran yang
diberikan kepada anak masing-masing.
4. Tidak ada halangan birokrasi untuk bertemu pentadbir.

 

 

 

Comments Off on Pendidikan Khas