Misi Dan Visi

Slogan SMK Sentosa

Matlamat dan Martabat

SENTOSARIAN – TIME TO LEAD

Falsafah

°  Perancangan yang sistematik serta inisiatif yang berterusan mampu membawa warga SMK Sentosa ke arah kecemerlangan

°  Manusia ialah insan sempurna yang bermaruah, mempunyai ketinggian akhlak dan martabat diri yang perlu dijaga dan dipupuk

Visi

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi

“Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi apirasi negara”

Matlamat

Matlamat SMK Sentosa digariskan adalah untuk:

° Memaksimumkan prestasi dan pencapaian sekolah

° Mencemerlangkan prestasi dan pencapaian kokurikulum

° Membina sahsiah yang selaras dengan jiwa Rukun Negara

° Menjana potensi dalam pelbagai kebudayaan secara menyeluruh

° Menjalin hubungan yang mesra dengan ibu bapa, komuniti dan agensi luar

Piagam Pelanggan

Kami warga SMK Sentosa dengan penuh tekun dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

°  Menyediakan program pendidikan formal yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak pelajar,    masyarakat dan negara.

°  Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

°  Memberi peluang dan layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan      keturunan.

°  Menyediakan peralatan pengajaran yang berkesan, canggih dan terkini

°  Mengamalkan budaya kerja yang cekap, pantas dan bijaksana

°  Menyediakan guru dan kakitangan yang berdedikasi beriltizam, terlatih, berdisiplin, produktif dan

    bertanggungjawab.

°  Menyediakan persekitaran pembelajaran yang ceria dan kondusif dengan amalan perkhidmatan pendidikan.

°  Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan.

°  Meningkatkan kecemerlangan dan mengangkat martabat profesion perguruan.

 

Sentosa Gemilang

 Bakti kutabur bakti

Visi sekolah kami

Janji terus berjanji

Kecemerlangan abadi

(korus)

Kami bermatlamat, juga bermartabat

Sekolahku yang gemilang

Bersatu kita cemerlang

Terbilangnya anak watan

Warga berwawasan

SMK Sentosa jaya

Bukti akan ku bukti

Hari meniti hari

  Maruah kujunjung tinggi

Menjana insan bestari

Manjana insan bestari

Comments Off on Misi Dan Visi