Pentadbiran

 


anuar

KATA ALU-ALUAN

PENGETUA SMK SENTOSA

Assalamualaikum wbt, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu dan meneruskan sesi persekolahan 2016. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan seluruh warga Sentosa yang telah melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan cemerlang untuk tahun 2016 ini. Sekalung tahniah di ucapkan atas kejayaan mencapai setiap sasaran yang ditetapkan pada tahun lalu. Ini membuktikan semua warga Sentosa mampu mencapai kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang yang disertai. 2016 merupakan tahun yang amat mencabar terutama dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai pemain utama kita merupakan agen penentu kejayaan dan merealisasikan pelan tersebut. Lantaran ini kita perlulah bersegera mentranformasikan minda, sikap, perancangan dan tindakan agar kita tidak kelemasan kerana ketinggalan. Elakkan diri kita menjadi parasit dalam organisasi sebaliknya kita perlu sentiasa menggandingkan bahu dengan rakan sejawat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Kerjasama dan semangat sepasukan mampu mencapai matlamat yang di inginkan

Hidup kita dipengaruhi oleh dua hukum ini sama ada kita tahu atau tidak. Pertama Hukum Tarikan yang menggatakan bahawa kita sentiasa menarik ke dalam hidup kita apa-apa yang kita fikirkan. Kita sentiasa berfikir dan ini menghasilkan getaran. Getaran yang positif akan menarik perkara yang positif ( kejayaan ) ke dalam hidup kita. Getaran negatif pula akan menarik perkara yang negatif ( masalah ) ke dalam hidup kita. Untuk menjana kejayaan , kita perlulah perlulah sentiasa berfikiran positif seperti bersyukur, menumpukan perhatian kepada apa-apa yang kita hendak, berfikiran positif dan yakin kepada diri sendiri, menumpukan perhatian kepada perkara yang positif dalam hidup kita dan gembira melihat kejayaan orang lain. Kedua hukum tindakan dan tindakbalas yang menyatakan setiap tindakan kita akan mempunyai tindakbalas. Jadi seorang yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Seorang yang melakukan kejahatan pula akan dibalas kejahatan . Jadi sentiasalah melakukan kebaikan. Bila membantu , janganlah mengharapkan balasan dari orang yang kita bantu. Maka apabila kita memerlukan bantuan. Maka Tuhan akan menghantar orang untuk membantu. Orang yang membantu kita mungkin orang yang kita pernah bantu atau tidak pernah kita bantu. Orang yang membantu kita mungkin orang yang kita kenali atau tidak kita kenali. Jangan risau tentang itu. Sentiasalah bantu orang bila boleh, maka kita akan akan mendapat bantuan bila diperlukan .

Bagaimana kita boleh mengetahui sama ada kita sedang berfikiran positif atau negatif? Tuhan memberikan kita satu panduan iaitu emosi kita. Apabila kita mempunyai emosi yang positif seperti gembira, bersyukur, girang dan sebagainya bermakna kita sedang mempunyai fikiran positif. Emosi yang negatif ( seperti takut , marah , risau geram, sedih )menggambarkan bahawa kita sedang berfikiran negatif. Maka alihkan tumpuan kita dari perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Maka emosi kita akan menjadi positif. Orang yang positif lazimnya semakin tercabar, semakin kuat, melihat peluang dalam kegawatan, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, tidak menyalahkan keadaan, mendengar dahulu pendapat orang lain, sentiasa mencari jalan memperbaiki diri, dan sentiasa bangun apabila terjatuh, 

Kesediaan dan kesanggupan kita mendepani dan menangani cabaran merupakan kunci kepada kejayaan sekolah ini pada masa akan datang. Untuk memastikan Sentosa sentiasa meningkat dalam apa-apa jua perkara, kita perlu bersama-sama menjadikan PPPM sebagai senjata sulit menjana kecemerlangan. Untuk menjadikan diri kita ini amat berjaya, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Bahkan ia memerlukan pengorbanan, keupayaan serta perlakuan yang bukan seperti orang yang kebiasaan. Marilah sama-sama kita menilai prestasi amalan dan segala hasil kerja yang kita buat. Muhasabah secara menyeluruh, kemudian membuat penilaian secara jujur, ikhlas dan melihat dengan mata hati. Jika terdapat kekurangan, berazamlah untuk memperbaiki dan mempertingkatkannya. Sekiranya ia menampakkan kebaikan, maka bertekadlah untuk memeliharanya sehingga mampu mengekalkannya pada tahap yang baik dan konsisten. Semoga kerja kita menjadi amalan kita untuk terus mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan mampu menjadi bekalan di hari pertemuan dengan Allah S.W.T. nanti. Insya Allah.

Hayatilah firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”

(Surah Ibrahim, ayat 7).

Sekian, Terima Kasih.

TN. HJ. MOHD PUAT BIN YUSOF

Pengetua,

SMK Sentosa,Bandar Baru Kampar,31900 Kampar.

 

ORGANISASI SMK SENTOSA 2017     

 

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pengetua Tn.Hj. Mohd. Puat Bin Yusof
Penolong Kanan Pentadbiran En. Kamil Sohaimi Bin Mohd Yusop
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Yasmin a/p Abdul Gafor
Penolong Kanan Kokurikulum En. Abdul Kadir Bin Zainal Abidin
Penolong Kanan Pendidikan Khas En. Joseph Sebastian
Guru Kanan Bahasa Pn. Naripa Bt Hussin
Guru Kanan Teknik  dan Vokasional En. Mat Hamdan b Abas
Guru Kanan Sains Pn. Nor Shahizan bt. Abdul Hamid
Guru Kanan Kemanusiaan Pn.Hjh. Haslinda  b. Hassan

TUGAS-TUGAS KHAS

TUGAS

GURU

Jawatankuasa Pemandu Sekolah Kluster Kecemerlangan Semua Penolong-Penolong Kanan
Semua Guru Kanan
Pn Che Zunaidah (Kurikulum SPM)
Pn. Asmahwati bt. Mohamad Radzi(Kurikulum PT3)
Pn. Nur Sua’irah bt. Jaafar (PSS dan Drama B.Ing)
En. Mohd Faisal b Halim (SU Sukan)
Pn Azizah bt Kamaruddin (Kem.Hidup)
En. Shanon b Yusop (Kem.Hidup Pend.Khas)
Pn Mas Ayu binti Mohd Nor (Sahsiah)
Pn Roslinda Bt Mohamed (Pusat Akses)
Pn. Nor Azlida bt. Mohd. Daud(Drama)
Jawatankuasa Pemandu Kecemerlangan Sarana Semua Penolong-Penolong Kanan
Semua Guru Kanan
En. Mohamad Nazir Khan b. Zainal Abidin (Setiausaha PIBG)
En Ahmad Shukri b Azit (Pengerusi MGK)
Pn.  Hartini  (Bendahari PIBG)
Pn. Norazlinda (AJK PIBG)
Jawatankuasa Pemandu Kecemerlangan PBS Semua Penolong-Penolong Kanan
Pn. Mas Ayu (Pementoran)
Pn. Nor Shahizan bt. Abdul Hamid (Penyelaras)
Pn. Hjh. Haslinda bt. Hassan (Pemantauan)
En. Mat Hamdan (Pengesanan)
Pn Zainab bt Osman (Peperiksaan Dalaman)
Cik Aznin Awanis bt Azmi  (Pen.Pep.Dalaman)
 Cik Aznin Awanis bt Azmi (PT 3)
En. Teh Guan Leong (SPM)
Pn. Che Zunaidah  bt. Che Hassan (Headcount)
Urus Setia Mesyuarat   Pn. Che Zunaidah  bt. Che Hassan(SU Pengurusan)
Pn. Che Zunaidah  bt. Che Hassan(SU Kurikulum)
Pn Norazlida bt Mohd Daud (SU HEM)
Pn. Noor Syuhada bt. Mohd. Khuseri (SU Kokurikulum)
Pn. Naripa bt. Hussin (Mesyuarat/Taklimat Guru)
Guru Bertugas Mingguan (Contact Time)
Jawatankuasa Jadual Waktu Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Hjh. Haslinda bt. Hassan
En. Mat Hamdan b Mat Abas bin Tengah
Pn. Nor Shahizan bt. Abdul Hamid
Pn. Leong Yet Pin
Jawatankuasa Data &  Maklumat Pn Che Zunaidah Che Hassan
Pn. Roslinda bt. Mohamed
Dokumentasi Cik Nor Saziana(Gambar)
Cik Norlida bt. Idrus (Gambar)
SU Kurikulum, SU HEM, SU Kokurikulum(Galeri)
Pn Roslinda Bt Mohamed (Portal)
En. Sukri b Azit(Portal)
Jawatankuasa Takwim 2015 Pn. Mahkhuzah bt. Shaari
Pn. Norazlinda bt. Mohd Halim
Cik Noorayu Yusliza bt. Che Zamani
En. Mohd Nazir Khan bin Zainal Abidin
Jawatankuasa Anugerah Cemerlang Akademik Cik Aznin Awanis bt. Azmi
Cik Noorayu Yusliza bt. Che Zamani
Jawatankuasa Anugerah Cemerlang Kokurikulum & Sukan Pn Nor Syuhada
Pn Roslinda bt Mohamed
Jawatankuasa Anugerah Cemerlang Sahsiah Cik Norlida bt. IdrusPn Mas Ayu binti Mohd Nor
Jawatankuasa Hari Bertemu Waris Pn. Nor Shahizan bt. Abdul Hamid
Majlis Pelantikan Pemimpin Pn. Sunieta bt Yasti
  Pn. Zainab bt. Osman
Jawatankuasa Kewangan Sekolah Pn. Rohaiza bt. Abd Manan
Semua Guru Kanan
Semua Penyelaras Tingkatan
Semua Ketua Panitia
Semua Setiausaha Peperiksaan
Guru Penyelaras Bestari
Guru Kaunselor
Setiausaha Sukan
Setiausaha Koperasi
Guru Perpustakaan dan Media
Guru SPBT
  (Juruaudit Dalaman Akaun Kerajaan)
Pn. Zuraida  bt. Dahari (Juruaudit Dalaman Akaun SUWA)
Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Pn. Rohaiza bt Abd Manan
Tn.Hj.Mohd Hashim b  Abd Wahab (Penyemak Stok)
Pn My Zura(Peralatan ICT).
En Joseph ( Pend.Khas)
Pn. Zainab bt. Osman
Jawatankuasa Perabot dan Bangunan (Penyelaras Perabot)
En. Ahmad Sukri b. Azit (Penyelaras Bangunan)
Jawatankuasa Perkembangan Staf dan Kursus/LDP En. Mat Hamdan b Mat Abas (Penyelaras e-SPLG)
Pn. Norshahizan (Pementoran PBS)
(Pembangunan LDP Panitia)
Pn. Asmahwati bt. Mohamad Radzi (Pembangunan PdP)
Cik Aznin Awanis bt. Azmi (Pembangunan HOTS)
En. Mohd Mokhzani b. Ibrahim (Pembangunan Guru Baharu)

 

1.7 PENYELARAS TINGKATAN DAN GURU  KELAS. 

Bil Tingkatan Nama Guru
1 5 UM En. Teh Guan Leong
2 5 UKM
3 5 USM
4 5 UPM Pn. Cik Noorayu Yusliza bt. Che Zamani
5 5 UTM
6 4 UM
7 4 UKM
8 4 USM
 9. 4 UPM
10 4 UTM
11 3 UM Cik Aznin Awanis bt Azmi
12 3 UKM
13 3 USM
14 3 UPM Pn. Norazlinda bt. Mohd Halim
15 2 UM Pn. Nor Azlida bt. Mohd Daud
16 2 UKM
17 2 USM
18 2 UPM Pn. Azimah bt. Md. Said
19 1 UM En. Soleh bin Mat Ali
20 1 UKM Pn. Madihah bt. Jailani
21 1 USM
22 1 UPM C

PENYELARAS KELAS  PENDIDIKAN  KHAS:

1 1PK1 Tekun Cik Hartini bt. Hamdi
2 1PK2 Usaha En. Mohd Rizuwan bin Suhaimi
3 Harmonis Pn. Fairuz bt. Mohamed
4 Rajin Pn. Marina bt. Ismail
5 Cemerlang Cik Nur Fadzela bt. Ahmad Tajudin
6 Gigih Pn. Siti Raha Farahana bt. Mohammad
7 Bestari Cik Norizq Fairus Izmir bt. Ali
8 Kreatif Cik Norlila bt. Mohd Nor
9 Megah
10 Inovatif Pn. Nur Sharleza bt. Shafaee
11 Gemilang Pn. Ruzliyanti bt. Yunos
Comments Off on Pentadbiran