MAKLUMAN

PROGRAM : JOM KE SEKOLAH 2017

6 Februari 2017 : Pihak sekolah telah menganjurkan Program “Jom Ke Sekolah” yang diadakan di Tapak Perhimpunan SMK Sentosa. Program ini telah diadakan semasa perhimpunan pagi dan murid-murid diberi ceramah serta membaca ikrar. Program ini merupakan kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diharapkan program “Jom Ke Sekolah” ini dapat memberi implikasi atau impak positif kearah mengurangkan masalah ponteng sekolah dan meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar pada hari ini. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah, sayangi diri, hormati ibu bapa dan guru-guru anda.