Program Bacaan Al Quran

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin yang menjadi rutin pada setiap pagi Jumaat. Imam bertugas pada hari ini ialah Ustaz Mohd Hazwan b Mohd Ashri al Hafiz.

Program yang menjadi trademark SMK Sentosa itu mendapat sambutan baik pelajar. Penyelaras Program Dakwah dan Imarah Surau Ust Muhammadul Alimi menjelaskan,  program  bacaan Yaasin yang berselang seli dengan Talaqi surah al Quran ini telah di amalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi suntikan motivasi dan aktiviti kerohanian oleh guru-guru non-Muslim.

yaasin3 yasin2yaasin 1