Selamat Bersara Pn Normaimon

banner-maimon

Pada 6 Januari 2017, pihak sekolah telah mengadakan Majlis  Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan persaraan Puan NorMaimon bt Mat Zaman yang telah menamatkan perkhidmatan selama 36 tahun di bidang pendidikan.

Dalam ucapannya yang tenang , Pn Maimon mengucapkan syukur dapat menamatkan perkhidmatan dengan jayanya di SMK Sentosa. Beliau juga menitipkan nasihat kepada pelajar agar menggunakan peluang selama 5 tahun di sekolah ini untuk mengutip ilmu dan membina jati diri hingga berjaya ke peringkat yang paling tinggi di universiti nanti.

maimon2

maimon1

maimon-dan-guru