PROGRAM IMAM MUDA BERBICARA

Peserta pertama Mohd Amirul Naim b Mahathir dari kelas 1 UKM telah membuka ┬átirai Program Imam Muda Berbicara . Beliau telah memilih tajuk “Solat Fardhu.” Penyampaian tazkirah selama 5 minit yang bersahaja dan santai itu telah menarik minat pelajar.

Menurut Penyelaras program Ustaz Mohd Hariz, Adik Mohd Naim patut dipuji kerana berani tampil sebagai peserta pertama. Program ini akan diteruskan secara dwi-mingguan. Peserta akan dinilai oleh panel untuk mencari Imam Muda Sentosa sesi 2017.