Lawatan Penanda Aras Pengawas

Pada 10 April yang lepas, Pimpinan Pengawas SMK Sentosa seramai 40 orang telah membuat lawatan Penanda Aras ke Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Gopeng. Lawatan yang disertai guru Pembimbing Pn Sunieta dan Ust Mohd Hariz telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan pemimpin yang berkarisma .


Pelancaran Program Dakwah

Pada 7 April yang lalu, Pelancaran Program Dakwah Peringkat SMK Sentosa telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Ust Islah B Hj Othman, Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Kinta Selatan.

Program Dakwah yang akan di adakan itu merangkumi program Ihya’ Ramadhan, Tahfiz Muda, Pengurusan Jenazah, Iftar Jamaie, Amali Sembelihan, Imam Muda Berbicara, Minggu¬†Kesenian Islam (MIKI ) , DOA dan program Tafaqquh Fiddeen.

Program ¬†dakwah yang bertemakan ‘Dakwah Tanggungjawab Bersama’ cuba mengajak seluruh warga Sentosa menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Program itu dianjurkan bersama Unit Dakwah, JK Surau dan Panitia Pendidikan Islam.