LDP PA-21

Penceramah : Pn. Sarimah binti Mabee ( SISC+ Bahasa Inggeris PPDKS)

Tarikh : 11 Mac 2017

Tempat : Bilik Gerakan SMK Sentosa

Masa 8:00pm – 2:00 pm


MAKLUMAN

SUKAN TAHUNAN SMK SENTOSA KALI KE 15

Perasmi : YB Senator Dato’ Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Kewangan)

Tempat : Padang SMK Sentosa

Hari : Ahad

Tarikh : 26 Februari 2017

Masa : 7:30 pagi hingga 12:30 Tengah hari

 


MAJLIS PELANCARAN DAN PEMBUGARAN NILAM

Majlis Pelancaran dan Pembugaran Nilam SMK Sentosa telah diadakan pada 20 Februari 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Tajaurol bin Hamali ( PKG Tanjong Tualang). Majlis bermula pada pukul 7:30 pagi hingga 9:00 pagi di Tapak Perhimpunan SMK Sentosa.

 

Majlis Pembugaran Nilam Majlis Pembugaran Nilam

Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999 merupakan program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.


Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah

Pada 13 Feb 2017, telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah yang telah disempurnakan oleh Tuan Meor Mohamad Ali Bin Meor Husein, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar. Turut hadir menyerikan majlis ialah YDP PIBG Tuan Haji Saefuddin b Hj Mustafa.

Pemimpin Sekolah yang terlibat ialah :

  1. Pengawas Sekolah
  2. Ketua-Ketua Tingkatan
  3. Pengawas SPBT
  4.  Pengawas Pendidikan Khas
  5.  Pengawas Koperasi Sekolah
  6.  Pengawas Pusat Sumber
  7.  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Tema Majlis ialah Pelajar Berkaliber Kepimpinan Unggul.

 


MAKLUMAN

PROGRAM : JOM KE SEKOLAH 2017

6 Februari 2017 : Pihak sekolah telah menganjurkan Program “Jom Ke Sekolah” yang diadakan di Tapak Perhimpunan SMK Sentosa. Program ini telah diadakan semasa perhimpunan pagi dan murid-murid diberi ceramah serta membaca ikrar. Program ini merupakan kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diharapkan program “Jom Ke Sekolah” ini dapat memberi implikasi atau impak positif kearah mengurangkan masalah ponteng sekolah dan meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar pada hari ini. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah, sayangi diri, hormati ibu bapa dan guru-guru anda.


MAKLUMAN

~TARIKH LATIHAN RUMAH SUKAN, SUKANTARA DAN PRA SUKAN~

LATIHAN SUKAN :

1 FEB (RABU) – 3.00 – 5.30 PTG ( TIGRIS & PARDUS)

6 FEB (ISNIN) – 3.00 -.30 PTG (LEO&ONCA)

SUKANTARA:

7 FEB (SELASA) 7.30 -8.30 PG

8 FEB (RABU) 7.30 – 8.30 PG

14 FEB (SELASA) 7.30 – 8.30 PG

PRA SUKAN :

15 FEB (RABU) – 7.30.45 PG

16 FEB (KHAMIS) – 3.00 -5.00 PTG

17 FEB (JUMAAT) – 7.30 -9.30 PG


TAHNIAH!

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ MAT JAAFAR B HAJI MAT ZAIN DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA SEKTOR, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAN DI JPN PERAK.

DARIPADA PENGETUA & SELURUH WARGA SMK SENTOSA


KEPUTUSAN MERENTAS DESA 2017

pemenang

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah di adakan pada 21 Januari yang lalu. Semua pelajar yang mengambil bahagian dapat menghabiskan larian sejauh 8 km dengan selamat. Berikut adalah keputusan pertandingan :

Lelaki 15 :                                                                 Lelaki 18 :

Johan: Mohd Shakir Aiman (1 USM)         Johan: M. Syarizat Ab Rahman (5UPM)

Ke-2: Mohd Hazril Nizam ( 3 UPM )          Ke-2:  Danesh Kumar  ( 5UTM)

Ke-3: Mohd Afiqal Akmal ( 3 UPM )          Ke-3:  Teveintharan  Arjunan (5 USM)

 

Perempuan 15                                                             Perempuan 18

Johan: Nur Ain Rafizal   ( 1 UM )              Johan: Kalaiarashi a/p Murali (5 UPM)

Ke-2 : Nur Hanan Rafizal ( 3 USM)           Ke-2: Yaamini Ravichandran (4 UM)

Ke-3 : Nur Aiza Balqis  (3 USM)                Ke 3: Elviani  Petrus (5UPM)

 

Tahniah kepada semua pemenang.