MAKLUMAN

~TARIKH LATIHAN RUMAH SUKAN, SUKANTARA DAN PRA SUKAN~

LATIHAN SUKAN :

1 FEB (RABU) – 3.00 – 5.30 PTG ( TIGRIS & PARDUS)

6 FEB (ISNIN) – 3.00 -.30 PTG (LEO&ONCA)

SUKANTARA:

7 FEB (SELASA) 7.30 -8.30 PG

8 FEB (RABU) 7.30 – 8.30 PG

14 FEB (SELASA) 7.30 – 8.30 PG

PRA SUKAN :

15 FEB (RABU) – 7.30.45 PG

16 FEB (KHAMIS) – 3.00 -5.00 PTG

17 FEB (JUMAAT) – 7.30 -9.30 PG

TAHNIAH!

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ MAT JAAFAR B HAJI MAT ZAIN DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA SEKTOR, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAN DI JPN PERAK.

DARIPADA PENGETUA & SELURUH WARGA SMK SENTOSA

KEPUTUSAN MERENTAS DESA 2017

pemenang

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah di adakan pada 21 Januari yang lalu. Semua pelajar yang mengambil bahagian dapat menghabiskan larian sejauh 8 km dengan selamat. Berikut adalah keputusan pertandingan :

Lelaki 15 :                                                                 Lelaki 18 :

Johan: Mohd Shakir Aiman (1 USM)         Johan: M. Syarizat Ab Rahman (5UPM)

Ke-2: Mohd Hazril Nizam ( 3 UPM )          Ke-2:  Danesh Kumar  ( 5UTM)

Ke-3: Mohd Afiqal Akmal ( 3 UPM )          Ke-3:  Teveintharan  Arjunan (5 USM)

 

Perempuan 15                                                             Perempuan 18

Johan: Nur Ain Rafizal   ( 1 UM )              Johan: Kalaiarashi a/p Murali (5 UPM)

Ke-2 : Nur Hanan Rafizal ( 3 USM)           Ke-2: Yaamini Ravichandran (4 UM)

Ke-3 : Nur Aiza Balqis  (3 USM)                Ke 3: Elviani  Petrus (5UPM)

 

Tahniah kepada semua pemenang.

TAHNIAH !!! DIATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH & TIMBALAN PENGARAH JPN PERAK DARIPADA PENGETUA & SELURUH WARGA SMK SENTOSA

PENGARAH

kosong

Tn. Hj. Mat Lazim bin Idris

TIMBALAN PENGARAH

hjrosli

Tn. Hj. Mohd Rosli bin Ahmad

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UNIT UNIFORM

Pada 18 Januari 2017 telah berlangsung mesyuarat agung serentak semua Unit-Unit Uniform. Venue perjumpaan adalah seperti berikut :

  1. Puteri Islam                           : SURAU
    2. Pengakap                            : MAKMAL FIZIK 1
    3. Pandu Puteri                       : MAKMAL FIZIK 2
    4. ST.JOHN                              : KANTIN
    5. Kadet Bomba & Penyelamat   : LOBI
    6. Kadet Remaja Sekolah                : DEWAN SEKOLAH

Semua Unit berjaya mengadakan mesyuarat agung dengan lancar. Antara objektif mesyuarat adalah untuk melantik jawatankuasa baru yang akan merancang dan menguruskan unit uniform .

Pasukan St John Ambulance

Pasukan St John Ambulance

 

Pasukan Puteri Islam

Pasukan Puteri Islam

Pasukan Pengakap

Pasukan Pengakap

 

 

Pasukan Pandu Puteri

Pasukan Pandu Puteri

Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat

Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat

Pasukan Kadet Remaja Sekolah

Pasukan Kadet Remaja Sekolah

Raptai Merentas Desa 2017 ( Bhgn 1)

Unit Sukan SMK Sentosa telah mengadakan Raptai Merentas Desa sejauh 7.8 km mulai jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Acara sukan yang disertai oleh semua pelajar, termasuk pelajar pendidikan Khas itu menggunakan laluan baru dari sekolah ke Kg Batu Putih , keluar ke Bandar Akasia dan balik ke sekolah melalui jejantas Kg Tg Renggas.

regangan1 regangan2 pend khas 2

 

 

 

 

 

Pelajar yang berkumpul di padang sekolah seawal 7.15 pagi untuk memanaskan badan. Peserta larian dilepaskan mulai jam 7.40 pagi dengan kawalan sepasukan Anggota RELA Kampar.

ust nazir1 p18 start puteri ayu

Program Bacaan Al Quran

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin yang menjadi rutin pada setiap pagi Jumaat. Imam bertugas pada hari ini ialah Ustaz Mohd Hazwan b Mohd Ashri al Hafiz.

Program yang menjadi trademark SMK Sentosa itu mendapat sambutan baik pelajar. Penyelaras Program Dakwah dan Imarah Surau Ust Muhammadul Alimi menjelaskan,  program  bacaan Yaasin yang berselang seli dengan Talaqi surah al Quran ini telah di amalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi suntikan motivasi dan aktiviti kerohanian oleh guru-guru non-Muslim.

yaasin3 yasin2yaasin 1

MAKLUMAN SMK SENTOSA

  1. RAPTAI MERENTAS DESA / LARIAN JALAN RAYA SMK SENTOSA 2017

  • Hari : Rabu
  • Tarikh : 18 / 1 /2017
  • Masa : 7:30 pagi hingga 9:30 pagi

 

2. MESYUARAT AGUNG UNIT BERUNIFORM SMK SENTOSA 2017

  • Hari : Rabu
  • Tarikh : 18 / 1 /2017
  • Masa : 1:30 petang hingga 2:40 petang

Program Glowing Atletes

glowing1 glowing2 glowing3

Program mengilap bakat atlet sekolah telah di mulakan sejak hujung tahun lepas di bawah bimbingan pasukan jurulatih sekolah. Para peserta dipilih berdasarkan prestasi cemerlang semasa Kejohanan Olahraga Tahunan tahun lepas.

Pada tahun ini peserta acara larian telah mula berlatih setiap 7.00  pagi mengelilingi kawasan sekolah sejauh 600 meter sebanyak 6-10 pusingan ( 3-6 km) . Latihan ini juga sebagai persiapan pelajar menghadapi kejohanan Merentas Desa MSSD pada 11 Februari nanti.

Program di sentiasa dipantau oleh Tuan Pengetua yang inginkan atlet SMK Sentosa naik ke Podium menerima hadiah kemenangan pada tahun ini.

Program Pemimpin Muda Berbicara

 

sarania

Program Pemimpin Muda Berbicara anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling di adakan setiap pagi Khamis. Jika minggu lepas Elviani Petrus telah berbicara tentang azam di tahun baru, minggu ini Sarania a/p Ananthan pula berkongsi  pandangan tentang kaeadah belajar yang berkesan. Beliau mengajak pelajar yang lain mengamalkan cara belajar yang betul dan tingkatkan                                penumpuan ketika belajar.

Program yang dicetuskan oleh Tuansarania2 Pengetua ini sangat baik  untuk mengesan bakat pelajar dalam membuat pengucapan awam. Dengan keyakinan yang dipupuk dari awal, bakat mereka boleh diketengahkan dalam pertandingan pidato , deklamasi pusi dan sebagainya.

Selamat Bersara Pn Normaimon

banner-maimon

Pada 6 Januari 2017, pihak sekolah telah mengadakan Majlis  Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan persaraan Puan NorMaimon bt Mat Zaman yang telah menamatkan perkhidmatan selama 36 tahun di bidang pendidikan.

Dalam ucapannya yang tenang , Pn Maimon mengucapkan syukur dapat menamatkan perkhidmatan dengan jayanya di SMK Sentosa. Beliau juga menitipkan nasihat kepada pelajar agar menggunakan peluang selama 5 tahun di sekolah ini untuk mengutip ilmu dan membina jati diri hingga berjaya ke peringkat yang paling tinggi di universiti nanti.

maimon2

maimon1

maimon-dan-guru

1 2 3 4 5 14