PERTANDINGAN PADNI SEKOLAH MENENGAH SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT PPD KINTA SELATAN TAHUN 2020
Tahniah kepada pelajar AIN MAISARA BINTI AMRAN telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan TARANUM SIBER (P). Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMK Sentosa Puan Latifah binti Ramli.
pertandingan ko akademik bahasa melayu dan bahasa inggeris (pkpp) atas talian peringkat ppd kinta selatan tahun 2020
Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa, Kampar telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh PPD Kinta Selatan. Pertandingan tersebut dijalankan secara atas talian dan pelajar SMK Sentosa telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengetua SMK Sentosa Puan Latifah binti Ramli. Antara pelajar – pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah adalah seperti berikut:
Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu – “Jika Diberi Peluang Sebagai Barisan Hadapan”
Kategori Menengah Atas (JOHAN)
NUR MAISARAH BINTI TAIB KHAN
Kategori Menengah Rendah (NAIB JOHAN)
HERLIN ZURIN BINTI ROHAIZAH
Pertandingan Essay Writing
Kategori Menengah Atas (JOHAN)
KAHVISSHA A/P DEEPAK LAL
Kategori Menengah Rendah (JOHAN)
TAN ZHI QI
Pertandingan PIDATO
NAIB JOHAN
NUR HAFIZAH BINTI ALI
Pertandingan Menulis Essei Bahasa Inggeris – “If Given The Opportunity As A Covid 19 Fronliner”
TEMPAT KETIGA
TAN HAW XUAN
TAHNIAH KEPADA PELAJAR- PELAJAR SMK SENTOSA SEMOGA TERUS MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH LAGI..
KELAB DOKTOR MUDA
Pertandingan video pendek Pengumuman Khidmat Awam (PSA) Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak Tahun 2020. SMK Sentosa telah mendapat Naib Johan dan hadiah telah disampaikan oleh Encik Firdaus bin Yaali pegawai dari Pusat Kesihatan Kampar, Perak dan bertempat di SMK Sentosa pada 21 Oktober 2020 (Rabu)
TAHNIAH KEPADA GURU DAN MURID-MURID YANG TERLIBAT
SALAM MAULIDUR RASUL
Sambutan hari lahir bulan ogos
Beberapa orang pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Ogos yang lalu telah diraikan di dalam majlis ringkas bersama Puan Pengetua, PK Hem dan Kaunselor sekolah dalam program Guru Penyayang. Tahniah di ucapkan. Sedikit sebanyak dapat mengubat rasa kerisauan pelajar yang belajar dalam norma baru yang perlu mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
SALAM AIDILADHA
SEKOLAH AKAN MULA BERCUTI PADA KHAMIS, 30 JULAI – AHAD, 2 OGOS 2020
SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA ISNIN (3 OGOS 2020)
PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN
#KITAJAGAKITA